Sorry.
Watch “Makan sampai lembam.” on YouTube
Hati sudah suka.
Ambil yang jernih.
Wajib
DZN
Pada Julai 2018, Kulasegaran memohon maaf kerana menyatakan orang Melayu adalah pendatang manakala orang India adalah penduduk asal Tanah Melayu.
Maaf Kulasegaran diterima. Tiada tindakan lanjut. Masih menjadi menteri.
Pada Ogos 2019, ahli perniagaan; Lee Kim Yew memohon maaf kerana memuatnaik gambar Jalur Gemilang dengan mengubah jalur putih kepada hitam.
Maaf Lee Kim Yew diterima. Tiada tindakan lanjut. Masih bebas berniaga.
Pada Ogos 2019, ahli perniagaan; Koon Yew Yin memohon maaf kerana menyatakan bahawa anggota tentera hanya makan dan tidur sahaja dan sepatutnya tentera digunakan untuk menggantikan pekerja asing yang bekerja di ladang FELDA.
Maaf Koon Yew Yin diterima. Tiada tindakan lanjut. Masih bebas berniaga.
Pada Ogos 2019, Dr Zakir Naik memohon maaf kerana tidak berniat menyinggung mana-mana pihak dalam syarahan beliau. Beliau hanya menyampaikan syarahan berkaitan perbandingan agama sesuai dengan bidang kepakaran beliau.
Maaf Dr Zakir Naik tidak diterima. Kes belum selesai. Kertas siasatan dibuka. Program dan aktiviti beliau disekat. Beliau terus dikecam dan diancam.
Saya kira kita sudah cukup matang untuk menilai isu-isu ini. Isu yang dibangkitkan dan kenyataan yang dibuat oleh Kulasegaran, Lee Kim Yew dan Koon Yew Yin boleh memberi impak negatif kepada perpaduan nasional. Malah sebagai warganegara Malaysia serta individu berpengaruh, tidak seharusnya kenyataan serta perlakuan dangkal sebegitu ditonjolkan. Tetapi perkataan maaf mereka diterima dengan mudah.
Bagaimana pula dengan Dr Zakir Naik? Di mana keadilan untuk Dr Zakir Naik? Apakah formula keadilan yang digunakan pakai oleh pemerintah masa kini?
Adakah hanya menteri dan orang berharta jutaan sahaja yang bebas menyatakan pendapat mereka? Adakah permohonan maaf menteri dan orang berharta jutaan sahaja yang laku di bumi Malaysia kini?
Di mana suara menteri agama dalam kes berkaitan Dr Zakir Naik? Tidak terdetikkah di hati beliau untuk menulis surat terbuka buat menenang suasana sesuai dengan peranan beliau sebagai menteri agama? Tidak terdetikkah di hati beliau untuk membantu Dr Zakir Naik yang jelas memperjuangkan agama Allah?
Di mana pula suara pemimpin-pemimpin, pejuang-pejuang parti, aktivis-aktivis masyarakat dan badan-badan agama dalam isu berkaitan Dr Zakir Naik?
Adakah kita sanggup membiarkan Dr Zakir Naik berjuang seorang diri sedangkan beliau sebenarnya sedang berusaha membersihkan imej Islam yang selalu disalaherti?
Di saat Dr Zakir Naik berjuang memberi kefahaman dan menyampaikan ilmu, beliau disekat dan diganggu gugat.
Benar, kita tidak punya kuasa dan harta billion dan juta, tetapi kita berjuang sesuai dengan kapasiti kita. Bantulah agama Allah dengan apa-apa cara sekalipun.
Ayuh, tunjukkan sokongan kita kepada pejuang agama Allah!
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Wahai orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, Dia akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu.” -Surah Muhammad: ayat 7.
Penulis Siti Habibah
Stand4ZakirNaik
SolidaritiZakirNaik
StandForDrZakirNaik
StandWithDrZakirNaik
DrZakirNaik
ZakirNaik
bibahbebel
